
nurinizzatul204
6 tahun
Kerap sakit perut dan Tiada selera makan
Hai,doktor.Saya remaja perempuan yang berusia 15 tahun.Sejak akhir tahun lepas,saya kerap sakit perut.Setiap hari saya sakit perut.Saya selalu kena gastrik.Dan tentang makan pula,saya selalu skip makan kerana tiada selera.Kadang-kadang,saya rasa lapar tetapi bila makan,saya rasa tak selera.Kalau makan pun, 1 1/2 senduk nasi dah cukup buat saya kenyang yang berpanjangan.Berat badan pula daripada 45Kg turun menjadi 40Kg.Jadi,adakah saya berisiko menghidap penyakit kanser perut?

6 tahun
Terima kasih atas soalan anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan puan
Pertama sekali, gastrik yang berlaku adalah kerana anda tidak makan mengikut waktu atau menlengahkan masa untuk makan. Bahan kimia perut anda boleh menyebabkan kehakisan di lapisan perut anda dan menyebabkan pendarahan usus perut jika permakanan anda terabai. Anda juga boleh dapatkan supplement penambahan selera atau supplement nutrisi yang boleh didapatkan di farmasi. Pemakanan mengikut waktu amatlah disarankan untuk keadaan anda bagi mengurangkan sakit gastrik tersebut.
Anda juga amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.