
Sulit
4 tahun
Kerap sendawa tapi bukan kenyang
I’m 18 years old girl. Lately ni i perasan yang i kerap sendawa walaupun bukan sebab kenyang. It give me uncomfortable situation because time i tengah study dekat kelas tiba tiba i sendawa. This time ianya lagi kerap. Sometimes i memang tak boleh nak tahan sendawa pastu i lepas je sendawa depan orang and it’s give me awkward feeling. Kerap sendawa ni ada related ke dengan body heath?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala kerap sendawa yang asyik berlaku tanpa mengikut masa. Untuk makluman anda, gejala sendawa ini secara amnya disebabkan oleh sistem salur penghadaman yang membuang lebihan udara yang terperangkap adalam perut. Ini dikawal oleh sistem Peristalsis salur perut anda. Ia selalunya disebabkan oleh menelan udara yang berlebihan atau kerap kali sehingga udara tersebut terperangkap di dalam salur esofagus.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh sejenis penyakit salur penghadaman iaitu penyakit refluks esofagus (Gastroesophageal Reflux Disease) yang disebabkan oleh refluks asid perut yang telah naik ke atas sehingga kerongkong. Simptom-simptom yang terlibat adalah seperti sakit pedih ulu hati, sakit dada, terasa tekak seperti ada sesuatu dan juga sendawa yang berlebihan.
Walaubagaimanapun, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan berikut bagi mengurangkan gejala sendawa berlebihan seperti:
- Makan atau minum dengan perlahan. Jangan gelojoh.
- Kurangkan minuman berkarbonat atau mengandungi gas seperti alkohol.
- Kurangkan makan gula-gula getah
- Jangan merokok
- Pastikan gigi anda sihat dan rapi
- Lakukan pergerakan seperti berjalan selepas makan atau minum.
- Amalkan senaman yang seimbang .
Jika anda mengalami simptom-simptom GERD seperti yang disenaraikan di atas, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya demi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.