
Sulit
4 tahun
Kerap spotting awal kehamilan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya berusia 28 tahun kini hamil 8 minggu (LMP: 22 Mei 2020). Sejak 4 minggu saya kerap (3x kali seminggu) mengalami spotting yang kadang kala ditemani dengan mild cramping bahagian bawah abdomen. Saya telah ke klinik untuk melakukan abdomial scan tetapi fetus masih tidak dapat dikesan. Kata doktor mungkin kerana usia kehamilan bawah 10 minggu lazimnya ada yang sukar dikesan melalui abdomial scan. Adakah saya perlu risau dan segera ke hospital.
Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk menajwab pertanyaan saya.
Salam Sejahtera.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing- sering berlaku pada ibu mengandung
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Anda hendaklah ke hospital dengan segera jika perkara berikut berlaku:
- Pendarahan terlalu banyak
- Pening kepala dan pitam
- Rasa sakit berterusan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.