
eyraapit0106
5 tahun
Kerap terasa ingin kencing
saya wanita dalam 20’an. sejak 2hari yang lalu saya sering terasa ingin kencing. bila saya tepuk pada bahagian abdomen saya rasa nak kencing walaupun saya baru lepas kencing. saya rasa tidak selesa. ianya seakan terasa gatal-gatal pada miss v saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, antara punca yang akan menyebabkan gejala tersebut adalah seperti:
- Jangkitan saluran kencing contohnya jangkitan buah pinggang, ureter (tiub yang membawa air kencing ke pundi kencing), pundi kencing atau uretra (tiub yang mengeluarkan air kencing dari pundi kencing di luar badan). Punca jangkitan adalah hubungan seksual, penyumbatan separa laluan kencing, kateter, atau najis yang menyentuh faraj.
- Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak lengkap (Inkontinens limpahan)
Inkontinens limpahan boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (daripada kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau oleh penyumbatan dalam saluran kencing, seperti batu ginjal, atau tumor saluran kencing yang menyekat uretra. - Pengekalan kencing sebahagian atau lengkap
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih