Sulit
2 tahun
Keras dibahagian atas payudara
Saya wanita berumur 19 tahun. Sejak kebelakangan ni bila saya check payudara saya bahagian atas saya rasa keras seakan seketul daging. Saya tidak merasakan sebarang ketulan dan symptom breast cancer pon tiada. Jadi saya berasa curiga sama ada ia adalah breast cancer atau otot breast sahaja… malah saya juga ada latar belakang penyakit cancer. Arwah mak saya adalah pesakit breast cancer dan meninggal sebab breast cancer
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ketulan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya:
- Ia mengganggu rutin harian anda
- Terdapat gejala yang membimbangkan (iaitu sakit kepala, kelemahan, mual, muntah, dll.)
- Merasakan perubahan badan yang drastik (iaitu berat badan, bentuk badan, dll.)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.