Sulit
5 tahun
Keras pada bahagian atas perut, perut kembung. kurang selera makan. ada muntah darah dan buang air besar berdarah
rasa keras di bahagian atas perut. muntah darah, kembung perut, tiada selera makan sehingga turun berat badan mendadak.sakit di hidap secara hampir 3 bulan. sudah di endoskopi, ada kesan luka di bahagian dalam perut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana luka di dalam perut juga didiganosa sebagai ulser perut. Memandangkan anda telah mempunyai diagnosis, anda digalakkan untuk menurut arahan pengubatan oleh doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























