
Sulit
4 tahun
Keresaha dan ketakutan yang berpanjangan, kadang kala denyutan jantung juga berubah ubah tanpa melakukan aktiviti
Saya merupakan seorang pelajar Ipta yg berusia 19 tahun. Saya sering mendapati bahawa diri saya sukar untuk bertenang dan relaks. Apabila berhadapan dengan orang ramai saya merasakan bahawa mereka sedang bercakap buruk tentang saya. Kadang kala tangan dan kaki saya mengeletar dengan sendiri dan secara tiba tiba, kadang kala saya sering menangis tanpa sebab yang nyata. Saya juga sering berasa ketakutan, dan ketakutan yang saya alami itu tiada sebab, adakah itu salah satu tanda awal anxiety ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, degup jantung normal manusia dewasa secara puratanya adalah antara 60-100 degupan seminit. Sekiranya degupan jantung anda dalam lingkungan kiraan ini, maka degupan jantung anda adalah normal. Namun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung lebih laju daripada biasa disamping kebimbangan dan ketakutan adalah:
- hipertiroid
- akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- akibat minuman alkohol
- akibat ubatan dan herba
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Diagnosis psikiatri memerlukan pakar untuk mengenalpasti punca masalah sebenar. Ujian saringan diperlukan untuk mendapatkan surat rujukan pakar. Kami memerlukan maklumat lanjut untuk membantu anda memberi rujukan tersebut.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih