
Sulit
3 tahun
Keresahan dan overthinking semasa umur 13
Saya remaja perempuan berumur 13 tahun pada suatu malam sa tertidur dan saya bangun sahaja saya resah dan rasa takut yang melampau tapi saya abaikn sahaja tiba-tiba sya menjadi resah secara mendadak tmpa sbb tertentu dan keresahan saya berlarutan hingga sekarang. Resah saya sdah mencapai 1 bulan lebih ataupun dua bulan lebih sudah dan hari demi hari saya menajdi lebih overthinking iaitu memikirkan benda lalu dan menjadi takut saya juga mula takut akan Agama saya dan mula berfikir bukan bukan saya masih bingung kenapa saya begini. Tetapi yang lebih mengheran kan saya mempunyai masa masa tertentu apabila saya akan jadi resah+overthinking seperti saya akan resah+overthinking selalunya pada pukul 4 petang hingga 5 petang dan malam saya merasa normal semula. Saya sudah bertanya kepada ibu dan makcik saya mereka mengatakan ini semua perubahan hormon dan fikiran mula kearah kematangan tetapi saya tidak pasti. Adakah saya begini seperti yang ibu saya cakap doktor atau saya patut berjumpa dengan yang pakar?, Paling merisaukan ialah saya tidak mempunyai pendirian dan sering berfikir bnda yang tidak sepatutnya di fikir dan saya sering risau jika saya akan jadi begini untuk selamanya bukan itu sahaja kesalahan lama saya juga sering membuat saya resah dan mengapa kah saya begini doktor saya risau

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami keresahan selama 1 bulan. Anda juga memaklumkan bahawa anda akan bangun dengan perasaan resah dan takut. Kami akan cuba membantu anda.
Kelihatan seperti anda mengalami gangguan emosi. Ada kalanya gangguan emosi boleh disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan disebabkan oleh stres atau masalah tiroid, tetapi gangguan emosi adalah sesuatu perkara yang rumit dan perlu dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan kepastian. Hal ini kerana masalah keresahan sering dikaitkan dengan masalah kemurungan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar psikiatri ataupun ahli terapi supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar kami.
Di samping itu, anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan.
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri