
Sulit
5 tahun
Kerisauan berlebihan sakit tekak sering sendwa
hello doc saya 3 minggu lepas sakit tekak dan sukar bernafas sering sendawa saya sudah berjumpa doc dan doc kata hanyan bengkak sikit di bahagian tekak sampai sekrg tekak saya rasa mcm ade sesuatu dan saya jadi takut untuk makan keranana sering sendawa dan merasa makanan itu naik ke tekak dan tersangkut di tekak saya sudah berhenti merokok 3 minggu dan tekak saya rasa berlendir adakah ini disebabkan saya berhenti merokok mengejut?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Masalah GERD
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.