
Sulit
4 tahun
Kerisauan mati pucuk
Zakar saya secara tiba tiba mengendur setelah saya beronani seketika dan saya risau ia akan menjadikan ia mati pucuk…Adakah saya akan pulih jika saya dptkan rawatan umur saya remaja lagi…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, adalah normal untuk zakar kembali kendur setelah klimaks. Berdasarkan kenyataan anda, antara sebab mengapa zakar tidak mencapai ereksi yang lama atau kendur dengan tiba-tiba boleh dijelaskan oleh beberapa sebab:
- Kecederaan pada zakar
- Kurang aliran darah ke bahagian zakar
- Masalah psikologi seperti kemurungan atau kegelisahan
- Ubat-ubatan; terdapat ubatan yang mengurangkan keinginan seks atau libido seseorang lelaki
- Mati pucuk
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut kerana rawatan untuk mati pucuk adalah berdasarkan kepada puncanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kami. Terima kasih.