
Sulit
4 tahun
Kerisauan yang melampau sehingga menjalani kehidupan seharian dengan sukar
Saya remaja perempuan yang berusia 17 tahun. Sepatutnya tahun ni saya ambil spm, namun ditunda pada awal tahun hadapan. Saya mengalami masalah yang takut pada masa tapi masih tak berbuat apa apa. Setiap hari saya jalani hari² saya dengan kerisauan. Saya menjadi tertanya tanya apa yang akan jadi di masa hadapan dengan tindakan saya yang sekarang. Saya pelajar sains tulen dan aktif dalam bidang kokurikulum. Sejujurnya, setelah saya aktif dalam bidang yang saya minat (koko), keputusan akademik saya jatuh merundum. Saya menjadi sangat tertekan. Saya juga mengalami masalah tangan kerap menggeletar walaupun tidak menggengam objek dengan kuat. dada kerap terasa berat dan kepala sering terasa pusing/pening. Saya mempunyai gangguan tidur di mana saya merasakan tidur itu seperti membuang masa. ibu saya seorang pengasuh dan menghidap penyakit darah tinggi dan minor stroke. Saya perlu membantu ibu saya bekerja sepanjang cuti sekolah ini sehinggakan tiada masa untuk menyertai online class. saya berasa tertekan dengan pembelajaran dan terasa sangat letih untuk belajar namun sangat risau tentang apa akan jadi di masa hadapan. saya buntu. pembelajaran makin susah, ekonomi tidak stabil, apa akan jadi di masa hadapan? saya risaukan diri saya yang bersikap begini. saya kerap rasa lemah dan tidak sihat. Cita cita saya sebagai seorang tentera terkubur kerana saya rabun, begitu juga dengan menjadi seorang pakar bedah kerana masalah tangan saya yang sering menggigil. saya merasakan seperti terlalu banyak kekurangan diri saya hingga tidak layak hidup lagi. saya benci perasaan ini. apa perlu saya buat doctor? saya buntu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk sentiasa berfikiran positif. Umur anda masih muda, jangan terlalu risau akan apa yang berada di hadapan, hanya fokus kepada apa yang anda jalani pada saat ini. Kemungkinan kerisauan yang anda alami ketika ini berpunca daripada:
- Mengalami stres dan tekanan emosi
- Badan dan minda yang penat
- Kemurungan atau depression
- Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan / kerisauan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.