Sulit

3 tahun

Kesahihan alat pemeriksaan kesihatan QMRA (Quantum Magnetic Resonance Analyzer)

Saya seorang wanita berumur 20 tahun. Saya ingin bertanya satu soalan, betul ke Quantum Magnetic Resonance Analyzer (QMRA) merupakan satu alat yang tepat untuk buat medical check up? Sebab ada seorang penjual product ni, datang ke rumah dan buat check up untuk kami sekeluargaa guna alat ini secara percuma. Datang dari jauh semata mata nak buat medical check up percuma lepas tu jual ubat kepada mak saya. Dan mak saya percaya. Puas saya nasihat mak saya, tapi dia terlampau risau dan nak jugak beli ubat yang dia jual harga RM700 lebih, Dr. Dia risau sangat sampai tak makan sbb based on test tu, dia ada sakit jantung yang hampir ke strok (orang tu cakap). Saya ajak dia buat medical check up kat klinik, dia taknak pulak. Saya harap Dr boleh bagi jawapan. Saya dah try search kat internet, ada yang kata betul, ada yang kata scam untuk menjual barang MLM. Mungkin kalau Dr dapat bagi jawapan, dapat bantu mak saya untuk percaya benda tu tipu.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, alat Quantum Magnetic Resonan Analyzer (QMRA) tersebut merupakan satu alat yang melibatkan pengesanan gelombang magnetik yang dihasilkan oleh sel anda. WALAUBAGAIMANAPUN, penggunaan QMRA ini tidak lagi disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai keberkesanannya kerana ia memerlukan ilmu fizik quantum (Quantum Physics) yang memerlukan kajian yang mendalam oleh para saintis. Kami tidak sarankan anda atau ibu anda untuk menggunakan alat ini atau mempercayai hasil keputusan yang dikeluarkan oleh mesin ini kerana ia merupakan salah satu tipu daya scam yang tengah berlaku di beberapa kawasan.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Sekiranya ibu anda menghadapi penyakit tersebut, ia adalah lebih berbaik bahawa ibu anda untuk berjumpa dengan doktor atau pihak hospital yang menggunakan alatan kemudahan hospital yang diisytiharkan sah keberkesanannya oleh KKM dan pihak hospital itu sendiri. Penggunaan QMRA adalah terlalu canggih untuk dipercayai dan digunaakan pada zaman kini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

878b90b0fcbcb7ce7ee5aed3174e741c

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)