
delavest69
4 tahun
Kesakitan di bahagian belakang lutut kaki kanan terutamanya semasa berdiri dari kedudukan mencangkung
Saya seorang lelaki berumur 50 tahun dan semenjak 2-3 bulan ini, bila saja saya dalam kedudukan mencangkung, duduk di antara dua sujud (semasa melakukan solat) atau melipatkan kaki seperti duduk bersimpuh akan terasa kesakitan (kemungkinan pada otot) di belakang lutut kaki kanan sahaja dan sakit itu akan terasa lebih setiap kali saya berdiri (meluruskan semula kaki) dari kedudukan mencangkung tadi, tetapi kesakitan itu hanyalah untuk beberapa saat sahaja dan kemudiannya akan pulih. Kesakitan itu seolah-olah mirip jika saya memegang sesuatu objek yang berat di tangan dan meluruskan tangan saya 90 darjah dari badan selama beberapa minit. Jika saya kembalikan tangan ke kedudukan asal, ada terasa kesakitan pada otot untuk hanya beberapa ketika.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit di belakang lutut.
Melihat kepada keterangan yang anda berikan, kejadian ini biasa terjadi kepada kita terutamanya ketika bangun daripada duduk mencangkung. Hal ini mungkin berlaku apabila posisi mencangkung yang lama telah menyebabkan:
- Keradangan pada tendon
- Keradangan pada otot
- Kekurangan pengaliran darah ke bahagian lutut
- Trauma atau cedera pada lutut sebelum ini
- Keradangan sendi
Hal sebegini sangat biasa, namun sekiranya ia berulang dan mengganggu aktiviti harian, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.