
Sulit
3 tahun
Kesakitan ketika kencing
Saya seorang remaja berumur 21 tahun baru baru ini saya minum air masak dengan sangat banyak menyebab kan saya sering ke tandas dan sering mempunyai perasaan tak puas untuk kencing atau pun kencing tidak lawas dan keesokannya saya mengalami kesakitan di bahagian sulit ketika kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing tidak lawas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Manakala gejala yang merujuk kepada jangkitan saluran air kencing adalah seperti:
- Sakit semasa membuang air kecil
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kerap rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit
- Kencing berbau busuk
- Air kencing mengandungi darah
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Air kencing keruh
- Demam dan menggigil.
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.