
Sulit
4 tahun
Kesan Dari Operation Bypass Jantung
Saya telah menjalani pembedahan jantung bypass setahun yang lalu.Kesihatan saya sihat seperti biasa.Namun pada awal bulan Januari hingga kini,saya mengalami masalah kembung perut dan bengkak pada bahagian kaki.Saya dah merujuk kepada doktor,dan doktor mengatakan terdapat lebihan air pada badan saya.Doktor nasihatkan saya kawal minum air.Untuk pengetahuan doktor,saya mengalami masalah buang air besar.2 hari sekali.Jika saya dapat buang air besar,kembung perut dan bengkak pada kaki akan surut.Saya mohon nasihat doktor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai masalah yang boleh menyebabkan masalah kembung dan kaki bengkak seperti:
- Masalah jantung
- Duduk atau baring terlalu lama
- Garam berlebihan dalam makanan
- Kesan sampingan ubat
Buat masa ini, anda boleh cuba untuk mengurangkan bengkak pada kaki dengan perkara ini:
- Banyakkan berjalan
- Naikkan kaki anda melebihi paras jantung
- Urut bahagian kaki yang bengkak ke arah jantung menggunakan tekanan yang kuat tetapi tidak menyakitkan
- Compression
- Kurangkan pengambilan garam
Jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, hubungi doktor anda dengan segera.
Bagi masalah sukar membuang air besar anda boleh cuba untuk:
- Makan banyak buah-buahan
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!