Sulit

4 tahun

Kesan jatuh pada dahi kanak2

Hi doctor,

Soalan pertama :
2 tahun lepas anak pertama sy jatuh dan ada benjol lembut sebesar ibu jari di dahi kanan. Saya terus bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor cakap tak ada apa yang perlu di risaukn, cuma pastikn anak tidak muntah dalam 24jam dan kekal active… anak saya memang kekal active dan ok saja… benjol pun cepat hilang sebab saya terus letak ais… yang merunsingkan saya sekarang, ada kesan biru seolah2 lebam di kawasan tersebut… tapi bukan sebesar ibu jari… cuma bayang2 biru yang sangat pudar bersaiz sebutir beras… adakah saya perlu risau dan bawa semula berjumpa doctor? Buat masa sekarang anak saya sangat active dan bijak… saya risau kalau ada pendarahan dalaman…

Soalan kedua :
1 tahun lepas anak kedua saya telah jatuh dalam tandas ketika di mandikan pembantu rumah. Ada kesan 1 garis di dahi yang berwarna merah sebab terkena betul2 pada bucu lurus lantai tandas… tetapi tidak luka… anak tetap active seperti biasa dan saya nak pastikan supaya tidak muntah… pada malamnya, kebetulan anak saya main kasar dan terjatuh dalam ketinggian rendah tetapi secara tersembam hidung dan menangis. Saya menyaksikan kejadian pada ketika itu. Selepas itu hidung anak saya ada sedikit darah… jadi saya keliru adakah darah yang keluar dari hidung pada malam hari itu disebabkan jatuh dari tandas atau disebabkan tersembam hidung pada waktu malam itu. Sekarang sudah 1 tahun kejadian anak saya sihat dan active. Cuma bila marah atau menangis, kawasan garis merah di dahi sebab jatuh di tandas itu akan sedikit kemerahan. Saya boleh katakan mungkin disebabkan tekanan darah yang naik. Kerana apabila mood ok, warna merah pink itu akan hilang. Adakah saya perlu risau doctor? Bantu saya…

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kerisauan anda berkenaan masalah yang dihadapi oleh anak anda. Untuk pengetahuan anda, kami tidak dapat memberi kata putus berkenaan masalah yang dihadapi memandangkan anak anda perlu diperiksa secara fizikal oleh doktor dan siasatan lanjut perlu dibuat. Di samping itu, maklumat lanjut berkenaan semasa anak anda jatuh dan mengalami hidung berdarah juga perlu diketahui dengan lebih mendalam.

Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.

Saranan kami pada masa ini adalah:

  • Pantau keadaan anak anda dan berikan perhatian yang lebih rapat kepadanya
  • Sekiranya anak anda menunjukkan gejala-gejala seperti peningkatan tekanan dalam tengkorak (raised intracranial pressure), sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera:
    • Menangis yang tidak dapat dipujuk
    • Sakit kepala
    • Muntah-muntah
    • Perubahan status mental: kurang aktif, lemah

Hilangkan kerisauan tentang keadaan anak anda, pakar kanak-kanak kami sedia untuk berkhidmat untuk anda.

Berkenaan hidung berdarah tersebut, berkemungkinan ia disebabkan oleh jatuh pada bahagian hidung dan menyebabkan ia berdarah. Namun begitu, maklumat lanjut tentang kejadian tersebut perlu diketahui dengan lebih mendalam untuk mengenal pasti punca pendarahan tersebut.

Ini hanyalah keterangan am kami mengenai masalah yang dihadapi. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_85723613

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)