
Anonymous
5 tahun
Kesan kecederaan mata kiri terhadap mata kanan
Saya mengalami kecederaan mata sebelah kiri menyebabkankan Saya hilang penglihatan,insiden itu berlaku hampir 1 thun 6 bulan, soalan kenapa mata kanan saya sakit ketika membaca, menonton TV, bermain hand phone?. Mata kiri Saya dah tak Sakit,adakah ia memberi kesan kecederaan mata kiri terhadap mata kanan Saya?.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada mata kanan anda boleh disebabkan:
- Keletihan mata - akibat terpaksa bekerja lebih berbanding sebelumnya kerana dua biji mata memproses imej
- Kemasukan objek luaran - akibat kecederaan atau kemasukan debu
- Jangkitan mata -seperti uveitis, scleritis
- Rabun jauh - juga boleh menyebabkan keletihan dan sakit mata
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.