
Sulit
3 tahun
Kesan kepada bayi jika ibu menyusu makan ubat cacing
Dokter,apakah kesan kepada bayi jika si ibu terus menyusukannya selepas makan ubat cacing???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kesan kepada bayi jika ibu menyusu makan ubat cacing. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk maklumat anda, tiada sebarang kesan mudarat yang diketahui setakat ini namun pengambilanya tidak digalakkan semasa penyusuan susu ibu.
anda boleh melakukan perkara dibawah untuk mengurangkan pendedahan ubat-ubatan terhadap bayi:
- Beritahu doktor bahawa anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.
- Berhentikan sementara pengambilan ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan.
- Tangguhkan penyusuan badan buat sementara waktu jika perlu.
- Ambil ubat segera selepas penyusuan anak dilakukan, bagi menentukan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang.
- Ambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor sekiranya anak anda mempunyai simptom-simptom yang membimbangkan.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.