
Sulit
4 tahun
Kesan pada badan hari baring malas
sye lelaki 22 tahun…saye mahu bertanya…apa kah kesan pada badan kalau hari hari baring duduk tidak buat sebarang aktiviti fizikal…asyik bermalasan dirumah…apakah kesan kite boleh tahu …boleh doktor jelaskan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kesan yang boleh terjadi jika seseorang baring terlalu lama walaupun dalam beberapa hari, seperti:
- Otot menjadi lemah, mengecil dan menyusut terutama otot kaki
- Darah akan terkumpul dibahagian kaki disebabkan graviti. Bila berdiri akan menyebabkan rasa pening dan ingin pitam
- Meningkatkan risiko jangkitan paru-paru
- Ulser pada kulit
- Sembelit boleh berlaku disebabkan kekurangan pergerakan usus
- Selera makan berkurang
- Boleh meningkatkan risiko penyakit mental seperti kemurungan dan kegelisahan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.