Sulit
4 tahun
Kesan Penggambilan Vaksin
Saya wanita berumur 44 tahun,akn menerima dos vaksin pertama.adakah kesan sampingan sekiranya saya pernah alami alahan ubat (ada kad alahan) dan ada gastrik tetapi tidak ditahap yg teruk.sebab saya juga jarang makan ubatan hospital.mungkin dr dapat membantu.terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami setelah seseorang menerima vaksin COVID-19:
- Lokal (di kawasan suntikan)
- Sakit atau ketidakselesaan
- Bengkak
- Kemerahan di tempat suntikan dan sekitarnya
- Sistemik:
- Demam
- Cirit birit
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Reaksi alahan:
- Kesukaran bernafas
- Nafas berbunyi
- Timbul ruam gatal
Kesan sampingan ini mungkin dialami atau mungkin tidak akan dialami oleh anda setelah menerima vaksin tersebut. Selepas mendapat suntikan, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit untuk kesan sampingan. Walaupun begitu, sekiranya anda mengalami kesan sampingan di luar (terutama reaksi alahan), anda dikehendaki untuk pergi ke hospital berhampiran dengan segera untuk rawatan segera.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























