
Sulit
3 tahun
Kesan Rawatan Radioterapi & Kimoterapi Kanser Lidah
Isteri saya berusia 43thn telah disahkan mengidap kanser lidah tahap 11b pada awal bulan April yang lalu dan telah menjalani proses rawatan iaitu pembedahan lidah pada 6/5/2020 beserta gabungan terapi Radioterapi -30x & Kemoterapi-5x yang selesai pada 20/8/2021 di Institut Kanser Negara(IKN).Namun begitu, selepas isteri lengkap menjalani Radioterapi & Kemoterapi kesan sampingan yang dialami iaitu sakit tekak,hilang deria rasa,kesukaran untuk menelan dan bercakap disamping mengalami batuk kahak dan sesekali berdarah hampir 2minggu telah menyebabkan tekanan dan kebimbangan emosi kepada isteri saya.yang mana telah memberi kebimbingan dan tekanan fikiran dan emosi dalam proses dan pelan rawatan dan pemyembuhan yang sedang dilalui.Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan nasihat dan juga maklumat drpd doktor
- Berapa lama kesan sampingan drpd rawatan Radioterapi & Kemoterapi yang dilalui akan hilang atau beransur pulih.
- Adakah kemungkinan kesan sampingan yang dinyatakan tersebut akan kekal kepada pesakit dan bagaimana punca tersebut boleh berlaku.
- Adakah kesan batuk berkahak yang berpanjangan dan mengibatkan pendarahan juga kesan sampingan daripada rawatan Radioterapi dan Kimoterapi yang telah dijalankan.
-Apakah proses terbaik atau nasihat yang perlu dilakukan dalam memastikan keberkesan rawatan dapat dilalui dengan sempurna oleh isteri saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pemahaman saya, isteri anda kini sudah melengkapi rawatan radio serta kemoterapi untuk kanser lidah. Namun, beliau kini mengalami kesan sampingan rawatan tersebut, Anda ingin mengetahui berapa lama kesan sampingan ini akan berlaku, punca sebenar ia berlaku serta rawatan yang boleh dibuat di rumah. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang anda nyatakan jelas menunjuk bahawa ia kesan sampingan atau komplikasi dari rawatan. Komplikasi rawatan boleh berlaku secara akut (beberapa hari) mahupun kronik (berbulan hingga bertahun-tahun). Tempoh kesan sampingan ini berbeza-beza bergantung kepada individu dan tidak boleh dinyatakan secara pasti sampai bila ia akan berlaku. Sesetengah kes, kesan ini mungkin berkekalan.
Kesan sampingan ini berlaku kerana proses radiasi pada kaviti oral yang kecil dan sempit dipenuhi tisu serta organ lain. Rawatan radiasi ini boleh menyerang sel atau tisu yang sihat dan mengakibatkan gejala yang anda nyatakan. Antara kesan sampingan lain termasuklah:
- Ulser mulut atau infeksi
- Gigi berlubang atau mereput
- Masalah gusi
- Sakit tekak, kering, berkahak atau berdarah
- Masalah gelenjar air-liur atau mulut kering
- Hilang deria rasa
Oleh yang demikian, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan gejala tersebut seperti:
- Makan makanan lembut dan senang dikunyah
- Elakkan makanan pedas, keras, terlalu masin atau manis
- Elakkan alkohol
- Sering minum air
- Jaga kebersihan mulut dengan teliti
- Memerap makanan untuk tambah perisa
Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.