
Sulit
5 tahun
Kesan sampingan migrain
Saya nak tanya doc kalau migrain boleh menyebabkan kesan kepada anggota badan lain ke?
Sebab tangan kiri saya rasa lemah dan mudah kebas dan haritu doc mata saya terkenyit-kenyit sendiri dalam dua tiga hari macam tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman anda migrain ialah sejenis sakit kepala yang boleh mengganggu aktiviti seharian seseorang. Sakit kepala tersebut boleh mengganggu seseorang daripada segi sosial kerana menyebabkan seseorang itu tidak boleh hadir ke taempat kerja atau sekolah. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan emosi seseorang. Jika ia menjadi teruk, ia boleh menyebabkan muntah dan kadang kala pesakit mengalami gejala seperti strok namun bersifat sementara.
Simptom seorang pesakit migrain adalah seperti berikut:
- sakit kepala
- muntah
- tidak boleh melakukan aktiviti
- lemah badan
Gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh penyakit migrain atau faktor lain.
- strok
- masalah salur darah tersumbat
- penyakit saraf
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih