
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan selepas dos pertama Astrazeneca
Dr, saya telah ambil vaksin Astrazeneca dos pertama semalam dan tiada berlaku apa2 simptom. Pada pada hari kedua, saya rasa sakit/sengal badan dan saya juga mengalami rasa pedih hulu hati yang menyebabkan rasa kurang selesa. Adakah saya perlu ke klinik atau ianya sebenarnya tidak membimbangkan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan yang ada ajukan adalah berkenaan kesan sampingan vaksin AstraZeneca dan anda ingin mengetahui sama ada gejala yang anda alami adalah berkaitan vaksin dan perlu dirujuk kepada doktor atau tidak.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Sakit perut merupakan salah satu kesan sampingan yang disebutkan, namun begitu pedih ulu hati juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang mungkin serius. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan yang sesuai.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini