
Sulit
4 tahun
Kesan sampingan selepas Positive covid 19
Saya disahkan positive covid dec 2020. selepas dah terima rawatan sebagai category 2 di hospital, gejala sesak nafas, badan panas on off, letih, lemah masih ada. apakah rawatan yang saya perlu buat ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Bagaimanapun, untuk makluman anda, sekiranya gejala yang anda alami tidak membaik setelah diberikan rawatan, anda amat disarankan untuk memberitahu perkara ini kepada pegawai kesihatan/doktor yang merawat. Hal ini bagi membolehkan pegawai kesihatan/doktor bagi menyemak ubat yang telah diberikan samada sesuai atau tidak dengan pesakit. Oleh itu, sebelum menyimpulkan rawatan yang tepat bagi anda, maklumat lebih lanjut adalah diperlukan.
Akan tetapi, menurut kajian dari luar negara baru-baru ini, lebih tiga per empat daripada pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital, didapati masih mengalami sekurang-kurang satu gejalanya selepas enam bulan. Demikian menurut satu kajian diterbitkan, saintis menegaskan bahawa penyelidikan lanjut perlu dilakukan terhadap kesan berpanjangan jangkitan COVID-19.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh mengklik pautan ini sekiranya anda ingin meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini