
Sulit
3 tahun
Kesan sampingan selepas vaksin covid
Saya wanita dan berumur 19 tahun. Ada kesan sampingan tak sekiranya makan emergency pill ( postinor-2 ) selepas baru je terima 2nd dose vaccine covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang kesan sampingan sekiranya anda mengambil postinor-2 selepas menerima dose kedua vaksin covid-19. Untuk pengetahuan anda, tiada kajian yang boleh membuktikan bahawa ada kesan sampingan kesan sampingan sekiranya anda mengambil postinor-2 selepas menerima dose kedua vaksin covid-19. Namun, sekiranya anda mendapati kesihatan anda terjejas, anda disarankan untuk berbincang tentangnya dengan doktor.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lain, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini