
Sulit
3 tahun
Kesan selepas ambil dos kedua vaksin az
Ayah saya gatal / ruam satu badan lepas ambil vaksin kedua…telah pergi ke klinik kesihatan tp masih belum sembuh

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, gatal/ruam bukan antara kesan sampingan vaksin Covid-19. Antara kesan sampingan yang biasa dilihat ialah :
- Demam
- Mengigil
- Sakit kepala
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit sendi/otot
- Sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Mungkin masalah ayah anda boleh berpunca daripada perkara lain seperti dermatitis, kulit kering atau alahan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekali lagi untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai untuk masalah ayah anda. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami mengenai perkara ini secara atas talian jika perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini