
Anonymous
5 tahun
Kesan selepas memasang IUD
Saya berumur 30an ibu ank 4 dan telah menjalani proses pengguguran kandungan…saya juga telah memasang IUD sejurus proses pengguguran tersebut… Adakah akan sentiasa rasa ngilu dan tidak selesa selepas memasang IUD… Dokter juga tidak menyarankan saya mengambil jamu… Mengapa saya tidak boleh mengambil jamu seperti saya berpantang bersalin biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Peranti kontraseptif intrauterine (IUD) adalah peranti kecil diperbuat daripada plastik dan tembaga yang diletakkan di rahim anda untuk mengganggu proses reproduktif. Ia juga dikenali sebagai "coil”. Terdapat beberapa kesan sampingannya iaitu:
- Mereka tidak melindungi daripada jangkitan seksual
- Penyisipan boleh menyakitkan
- Risiko jangkitan
- Kehamilan ektopik
- ParaGard boleh membuat haid anda berlebihan dan menyebabkan kekejangan haid anda lebih teruk
Pihak doktor tidak menyarankan anda untuk mengambil jamu adalah kerana tidak terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa jamu berkesan untuk merawat masalah anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.