
Sulit
4 tahun
Kesan selepas operation tongsel
Saya telah menjalankan operation tongsel pada oct 2017,sekarang saya sering berkahak dan kadang-kadang ada darah pada kahak dan juga hidung.Adakah ini kesan operation?ataupun bekas tempat operation tu mengalami luka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala sering berkahat serta kahak berdarah dan juga hidung mungkin berkait dengan pembedahan tonsil sebelum ini. Terdapat beberapa kesan sampingan (post-surgical complications) pembedahan tonsil iaitu:
- Lidah atau lelangit yang bengkak sehingga menyebabkan sesak nafas
- Jangkitan kuman pada kawasan mulut atau ruang hidung.
- Kudis luka yang terhasil ketika pembedahan tonsil yang terbuka ketika proses penyembuhan
- Jangkitan bakteria atau keradangan pada ruang telinga
- Keradangan sinus (Sinusitis)
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.