
Sulit
3 tahun
Kesan selepas suntikan vaksin
assalamualaikum, sy umur 27 tahun masih bujang. hari 27/11 dan 28/11 tempoh hari sy ada ambil suntikan utk umrah, influenza, dan pneumococcal. dua suntikan pertama tiada sebarang kesan samping hanya sekadar bengkak sedikit dan tidak rasa sakit. namun pada 28/11 sy ambil suntikan pneumococcal kesan sampingannya sgt terkesan. 2 jam selepas suntikan sy mula rasa sakit teramat di tempat suntikan dan rasa haba dari dada naik sampai ke kepala panas secara tiba-tiba. tangan sy sakit sehingga tidak mampu angkat tangan walaupun 90 darjah. perut sy mula memulas panas tanpa sebab. sy juga rasa sukar untuk menelan seperti salur sempit. sy sudah ke kecemasan dan doktor sahkan sy alergik. 3 jenis ubat di berikan terus double vision di minta rehat sehingga normal vision. setelah dibenarkan pulang, keesokannya sy demam panas. suhu badan sy mencecah 40.3. sy mengigil penyakit saraf trageminal neuralgia juga menyerang secara tiba. suapan pertama setiap kali makan akan mencetuskan serangan sharp pain seperti renjatan elektrik. pagi ni suhu masih 38.9 kurang sedikit dari semalam cuma rasa sakit di tempat suntikan tu sgt terasa. masih tak boleh angkat tangan pakai baju pun menitis airmata sakitnya. tempat suntikan keras, panas dan merebak sehingga ke bahu tepi ketiak. adakah ini normal kesan selepas suntikan? bagaimana cara nak kurangkan rasa panas sakit di tempat suntikan dan kawasan sekitarnya. perlu ke sy pergi semula berjumpa doktor kembali?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kesan daripada suntikan vaksin ada yang biasa dan akan menghilang dengan sendirinya, namun ada yang berat seperti reaksi anafilaksis (alergi). Bagi kesan vaksin yang biasa, anda boleh lakukan hal berikut, seperti:
Kadang-kadang kanak-kanak mengalami reaksi ringan dari tembakan, seperti sakit di tapak suntikan, ruam atau demam. Reaksi ini adalah normal dan tidak lama lagi akan hilang. Petua ini akan membantu anda mengenal pasti dan meminimumkan kesan sampingan ringan:
- Baca lembaran maklumat untuk mengetahui tentang kesan sampingan yang mungkin anda alami
- Gunakan kain sejuk, lembap untuk membantu mengurangkan kemerahan, kesakitan dan / atau bengkak di tempat di mana suntikan itu diberikan.
- Kurangkan demam dengan mandi span yang sejuk.
- Banyakkan minum dan lebih kerap. Adalah normal untuk sesetengah orang kurang makan selama 24 jam selepas mendapat vaksin.
Namun, sekiranya anda berasa sesuatu yang membimbangkan anda, hubungi doktor anda dengan segera memandangkan anda telah mempunyai riwayat alergi tersebut.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini