
aamnanisalim
2 tahun
Kesan terlalu stress?
saya perempuan 19 tahun dan seorang student stpm. pada 8 ramadhan yang lepas, saya menduduki peperiksaan. saya bersahur. kesihatan saya baik sahaja tetapi semasa pagi peperiksaan tiba tiba sahaja selsema dan bersin yang teruk. dalam bilik peperiksaan, badan saya sejuk tetapi bahagian kepala saya panas berpeluh, tangan saya juga menggigil hingga mengganggu saya untuk menulis. tetapi degupan jantung saya tak rasa perubahan yang ketara. selepas berehat dirumah kesihatan saya pulih sendiri. saya juga kerap mengambil ujian percuma kesihatan mental dan kebanyakan ujian itu menunjukkan saya enxiety yang agak teruk. saya juga kerap jatuh sakit menjelang peperiksaan. sejak melibatkan diri dalam stpm, saya juga sering ‘mental breakdown’. adakah itu disebabkan saya terlalu stress?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda penghidap anxiety biasanya lebih mudah stress atau lebih mudah gemuruh apabila berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi seperti peperiksaan.
Gejala yang anda jelaskan adalah salah satu ciri anxiety, dimana apabila anda merasa tertekan dan gemuruh, tubuh anda bertindak dengan memberikan signal kepada otak lalu berlaku gejala seperti menggigil dan berpeluh.
Saya sarankan agar anda mendapatkan bantuan seperti terapi psikologi dan berjumpada dengan doktor agar masalah anxiety anda boleh dirawat. Cuba elakkan dari terlalu stress dan berfikiran negatif.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih