
Sulit
4 tahun
Kesan vaksin covid 19 kpd pesakit batu karang
saya wanita berumur 46thn & mempunyai penyakit batu karang. Saya tlh mendapatkan rawatan di hospital dan diberikan ubat untuk mengatasi penyakit itu. Soalannya, boleh kah saya mendaftar untuk vaksin covid 19?Sekiranya boleh, apakah kesan2nya? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kemusykilan anda tentang vaksin COVID-19. Untuk makluman anda, berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai batu karang. Anda mungkin mengalami sedikit lebam di sekitar tempat suntikan, sebagai kesan sampingan yang ringan.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini