Sulit
4 tahun
Kesan vaksin covid 19
Saya berusia 24 tahun. saya oku penglihatan. saya mengalami anemia dan penyakit saraf. sebelum ini 2 tahun lepas saya pernah mengalami tb limfatik & paru paru. Adakah imunisasi vaksin covid 19 baik untuk saya. Apakah kesan sampingan tersebut?
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan anda, anda ingin mengetahui sama ada vaksin covid-19 baik untuk anda yang mengalami penyakit saraf, anemia serta tb limfatik dan paru-paru sebelum ini.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 diberikan untuk mencegah jangkitan COVID-19 yang boleh membawa maut terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik. Namun begitu, dalam sesetengah keadaan, terdapat pesakit yang tidak sesuai untuk mengambil vaksin.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan kami secara atas talian dengan lebih lanjut agar penerangan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























