
Sulit
3 tahun
Kesan vaksin dah 22 hari
Saya ambil vaksin sinovac first dose… seminggu selepas tu sampai sekarang saya masih mengalami kesan seperti ruam/hives, batuk, hidung tersumbat,sakit dada, sesak nafas keletihan,demam menggigil dan kadang² sakit di bahagian pinggang… sy dah consult dr 3 kali, diberi ubat chlorpheniramine, cetrizine, ubat cair kahak dan sbagainya tetapi sampai sekarang masih lagi bergejala… Saya teramat letih sekarang… apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kegelisahan anda yang mengalami gejala ruam, hidung tersumbat, sakit dada, sesak nafas, keletihan, demam menggigil dan sakit pinggang sejak mengambil vaksin Sinovac. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan vaksin Sinovac boleh dilihat sehingga 6 minggu selepas pengambilan vaksin. Oleh itu, ada kemungkinan untuk anda mengalami kesan sampingan vaksin tersebut. Selain daripada kesan sampingan vaksin Covid-19, terdapat beberapa punca lain bagi masalah anda, iaitu :
- Jangkitan kuman bakteria atau virus seperti Covid-19
- Alahan
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Anemia
Kami menyarankan anda untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 untuk mengetahui status anda. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor sekali lagi untuk mengetahui punca masalah anda. Selain itu, anda boleh menggunakan beberapa petua seperti berikut untuk membantu meningkatkan sistem imuniti badan.
- Melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan, yoga atau berbasikal.
- Pemakanan yang sihat. Anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan nutrisi.
- Mendapatkan rehat yang secukupnya
- Minum air yang secukupnya
- Mengambil suplemen untuk meningkatkan ketahanan sistem imuniti. Anda digalakkan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen
Semoga masalah anda dapat ditangani secepat mungkin. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini