
Sulit
5 tahun
Kesan Vaksin Pneumococal
Anak berumur 4 tahun… Baru² ni sy ambil PCV untuk dia… Memang selepas tu dia demam dalam 2 hari… tapi batuk sehingga sekarang… saya dah bawa ke Klinik Kesihatan… dapat ubat antibiotik… adakah batuk tu juga kesan biasa pengambilan sebab menyebabkan tonsil anak bengkak dan merah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, apabila seseorang mendapat suntikan vaksin, badannya sedang menghasilkan sistem imun bagi melindungi badan daripada kuman dan dalam kes anak anda ialah bakteria pneumococcal. Masalah tonsil yabng merah dan membengkak menandakan terdapat jangkitan dan keradangan tonsil dan jangkitan tersebut bukanlah disebabkan oleh pneumococcal. Maka, ia buka kesan biasa yang boleh didapati daripada suntikan vaksin anak anda.
Untuk makluman anda, pengambilan antibiotik akan merawat masalah anak anda dengan berkesan.
Hubungi kami untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!