
Sulit
3 tahun
Kesan vaksin yg berbeza utk setiap orang
adakah vsksin kurang berkesan terhadap badan kita jika kurang berasa kesan sampingan vaksin. saya ada dengar jika kuat sistem imun badan kita, semakinnkuat kesan sampongan seleoaa vaksin. Bagaimana pula untuk orang yg tidak berasa apa2 sakit selepas menerima dos vaksin.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, suntikan vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi bukan semua penerima akan mengalami gejala tersebut. Kesan sampingan tidak sesama dengan kesan vaksinasi, itu hanya tindak balas imun yang mungkin atau mungkin tidak dirasakan oleh penerimanya. Penerima tidak semestinya mempunyai kesan sampingan selepas suntikan vaksin, dos 1 atau dos 2.
Khabar ini, “jika kuat sistem imun badan kita, semakinnkuat kesan sampongan seleoaa vaksin.” adalah salah, sila jangan sebarkan berita ini dan jangan risau.
Vaksin berkesan dengan mencetuskan sel memori dalam sistem imun penerima, bantu menghasilkan antibodi terhadap virus yang berkaitan, untuk memberikan kesan perlindungan serta mengelakkan jangkitan. Vaksin berbeza diperlukan untuk virus yang berbeza, jadi harap maklum bahawa vaksin covid 19 hanya melindungi anda dari jangkitan covid 19.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini