
Sulit
4 tahun
Kesedihan yang berpanjangan
saya wanita yang baru awal 30 tahun sering mengalami emosi yang berubah2 …sedih yang berpanjangan,menangis setiap hari dan mempunyai kesukaran untuk tidur,tidak meminati aktiviti sosial dan lebih suka bersedirian dan tidur…kadang2 saya rasa ada suara2 banyak yang berckp dan x boleh berhenti dari kepala saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanya kepada pihak kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesedihan yang berpanjangan. Secara umum, masalah yang anda alami mungkin berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Mendengar suara atau bisikan bila tiada orang disekeliling seseorang individu dikenali sebagai halusinasi pendengaran. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan halusinasi pendengaran dan masalah mental adalah punca yang utama gejala ini untuk berlaku seperti:
- Schizophrenia
- Masalah bipolar
- Masalah kemurungan yang kronik
Masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan halusinasi ini seperti:
- Tekanan emosi
- Sawan
- Masalah tidur
- Masalah pada telinga
- Kesan sampingan ubat
- Ketumbuhan pada otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kaunseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih
Anda memerlukan nasihat pakar? Pakar kesihatan kami sedia membantu anda!