
Sulit
3 tahun
Kesedihan yang dalam dan tekanan yang selalu ada
Saya selalu mengalami kemurungan setelah bergaduh dengan ayah saya…tambahan lagi kemurungan kerana kesedihan yang penuh tekanan…siang dan malam saya menangis…saya selalu termenung dan berdiam diri selama 3 hari dan tak makan…saya juga pernah putus asa untuk teruskan hidup kerana tekanan dan kesedihan ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah kemurungan adalah sesuatu perkara yang rumit dan ia boleh bertambah teruk terutamanya apabila anda melalui gangguan tekanan. Melalui keterangan anda, kami memahami anda mengalami tekanan pada bulan ini disebabkan masalah kerja dan masalah keluarga. Ini boleh menyebabkan masalah kemurungan anda sukar dikawal. Di samping itu, anda juga mempunyai suicidal thoughts . Ini adalah salah satu daripada tanda masalah kemurungan tidak terkawal. Kami amat menyarankan anda untuk berhubung dengan doktor psikiatri anda untuk mendapatkan nasihat mengenai masalah anda. Kami juga menasihatkan anda untuk kekal tabah dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.