Sulit
5 tahun
Kesempitan dada, pening, gatal tekak
Untuk pengetahuan dr, saya bekerja di waktu shift malam. Bermula minggu lepas, saya kerap mengalami sakit kepala dan pening. Ada juga saya mengalami cirit birit buat masa tertentu tapi saya mengambil ubat diarrhoea dan angin, jadi ia sudah pulih. Pada minggu lepas, saya mengalami seram sejuk, berpeluh dan menggigil untuk suatu jangka 10 min. Saya menyangka perkara itu berlaku kerana saya tidak mengambil makanan yang berat sepanjang saya bertugas di shift malam. Selain itu, saya sekarang ada merasai kesempitan dada dan sudah mula merasa gatal di tekak. Jadi saya khuatir jika ini simptom penyakit Corona Virus. Harap doctor boleh jelaskan dengan lebih lanjut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi!
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan simptom kesempitan dada, pening dan gatal tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
- Asma
- Radang tekak
- Radang tonsil
- Anemia
- Alahan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































