Sulit
6 tahun
Keseriusan Kencing kotor
Saya wanita berumur 16 masih lagi belajar dan sering mengalami kesakitan ketika membuang air kecil, setelah berjumpa dr, saya disahkan mengalami kencing kotor. Adakah penyakit kencing kotor ini dapat memudaratkan jika dibiarkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah kencing kotor boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan buah pinggang yang serius sekiranya tidak dirawat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya mengalami masalah ini dan mematuhi rawatan yang disarankan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































