
Sulit
4 tahun
Kesesuaian untuk penggunaan contact lens Kiki rabun tidak terlalu tinggi
Saya ada rabun yg tidak terlalu tinggi. Kanan 275 Kiri 100. Sesuaikah kalau saya
Ingin memakai contact lens?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, rabun jauh atau myopia yang kurang dari 300 di kategorikan sebagai myopia ringan. Namun perbezaan rabu diantara dua mata yang terlalu jauh (baca: anisometropia ) boleh menimbulkan gangguan seperti:
- diplopia atau double vission
- pening kepala
- mual dan muntah
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Justeru kami menasihatkan anda untuk mendapatkan bantuan dari pakar mata mahupun pakar optometris bagi menentukan pemakaian bantuan penglihatan yang terbaik bagi kesihatan mata anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.