
Sulit
4 tahun
Kesihatan bayi buat new mom
Saya ada soalan. Adakah normal untuk picit puting bayi? Ada sekali saya ke klinik untuk pemeriksaan bayi, nurse suruh picit untuk keluarkan cecair. Skrg puting bayi saya ada satu ketulan seperti nanah kecil di kawasan puting. apa perlu saya buat? adakah perlu dirisaukan? bayi saya dah 2 bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, setiap pemeriksaan fizikal memerlukan doktor melakukan sesuatu terhadap pesakit untuk mengetahui dan mencari punca supaya diagnosis dapat dicapai. Bagi situasi anda, kami tidak tahu mengapa anda disuruh untuk memicit puting bayi anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Disebabkan anda menyatakan terdapat ketulan dan nanah di kawasan puting anak anda. Kami sarankan anda membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan kepadanya. Kami bimbang sekiranya ketulan itu nanah, ia boleh menyebabkan jangkitan dan seterusnya mengganggu kesihatan anak anda.
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.