Sulit
4 tahun
Kesihatan mental,bipolar, anxiety
Hai/salam dr…sy lelaki berumur 26 tahun…sy rasa saya mempunyai masalah mental sprt depression and bipolar berdasarkan beberapa ciri yg sy alami selama ni dan yg latest bru terjadi 2 minngu ni pulak tp sy xberani nak self diagnosed…jadi soalan sy bagaimana cara saya nak pergi berjumpa dr untuk lebih mengetahui masalah mental sy ni…apa step pertamaperlu sy buat utk di diagnosed pasal mental healt…fyi sy skrg xdapat tido dr semalam lagi dan hal ni sudah berla jutan selama 2 minggu lagi dan semlaam kemuncak dmana sy sakit kepala mcm nak meletup dan jantung berdebar kuat serta rasa ketat disamping tangan menggelatr…sy berfikir nak resign dr company sy sbb byk effect dekat kerja seharian sy.sy rasa mcm dah xmahu hidup skrg ni…thanks dr harap dr dpt tolong sgt2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan mental anda berikutan gejala seperti tekanan emosi yang anda alami. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah sedemikian boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian susulan oleh doktor seperti:
- Kemurungan
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri



























