
Sulit
5 tahun
Kesihatan Mental: Depresi
Assalamualaikum, saya seorang student sekolah menengah. Saya telah melakukan beberapa ujian mengenai kesihatan mental secara atas talian, dan mendapati ujian tersebut menunjukkan bahawa saya perlu berjumpa pakar. Tetapi, saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan dengan ibu bapa. Bolehkah beritahu saya bagaimana untuk melakukan ujian saringan dan mendapatkan khidmat pakar , langkah demi langkah?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Depresi adalah masalah kesihatan serius yang perlu diambil berat oleh ibu bapa. Jika anda merupakan seorang yang di bawah umur, anda memerlukan kebenaran ibu bapa untuk berjumpa dengan doktor dan perlu memberitahu mereka perkara yang sebenar agar masalah ini boleh dibantu. Penyakit kesihatan mental seperti depresi, masalah kebimbangan dan banyak lagi memerlukan diagnosis yang tepat oleh doktor pakar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang paling tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.