
Sulit
4 tahun
Kesihatan mental . masalah mental
saya sering berpeluh di tapak tangan & kaki , rasa gelisa dan mengigil jika duduk/baring . adakah ni salah satu sakit anxiety?
kadang kala saya rasa masa bergerak pelahan dan saya rasa kelakuan saya terlalu cepat dalam masa yang agak panjang sampai membuatkan saya menagis, adakah saya ada masalah mental?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor. Oleh itu, kami tidak dapat memberikan diagnosis kepada anda.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikian:
- Psikologi:
- Trauma dengan masa lalu
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Tekanan emosi atau stres
- Perubatan:
- Hipertiroid
- Hyperhydrosis
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya sekiranya ada
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Elakkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan gejala kepada anda
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti dan kesihatan mental anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.