
Sulit
4 tahun
Kesukaran tidur malam
Salam sejahtera dr, Saya baru sahaja mengalami kemalangan kereta pada dua hari yang lepas. saya mengalami kesukaran untuk tidur malam kerana saya tidak boleh berhenti memikirkan saat kemalangan itu berlaku dan saya juga sering memikirkan hal2 kemalangan buruk yang boleh menimpa saya sehingga saya menangis. Saya sudah cuba untuk tidak memikirkan hal2 tersebut tetapi sukar. Apa yang perlu saya buat dr?

4 tahun
Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Gejala ataupun simptom yang dialami anda, iaitu sukar tidur malam dan berasa letih pada waktu siang merupakan antara tanda-tanda anda menghadapi insomnia. Walaubagaimanapun, terdapat lagi punca lain yang boleh membawa masalah yang sama seperti PTSD akibat anda baru sahaja kemalangan dua hari lepas.
Bagi masalah susah tidur yang anda hadapi, saya menyarankan untuk anda tidak mencuba untuk mengambil pil tidur terlebih dahulu. Kebanyakan pil tidur adalah daripada kumpulan benzodiazepine,iaitu ubat penenang dan antara kesan sampingan ubat ini adalah kadar kebergantungan yang tinggi kepadanya. Dalam erti kata lain, ia boleh menyebabkan ketagihan. Sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan pil tidur, and harus berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
Terdapat pelbagai cara yang boleh anda dilakukan sebelum memilih untuk makan pil tidur. Satu terma yang dipanggil ‘sleep hygiene’ kebiasannya diguna pakai oleh para doktor untuk mengatasi masalah susah tidur. Sebagai contoh, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil minuman berkafein, beralkohol dan merokok pada waktu petang dan malam. Selain itu, anda harus memastikan suasana bilik tidur anda gelap, selesa dan nyaman. Pastikan segala perkara yang boleh diselesaikan telah diuruskan sebelum anda tidur. Di samping itu juga, anda harus mengelakkan diri dari menghadap skrin telefon, televisyen dan komputer sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda cuba memejamkan mata. Semoga bermanfaat.
Dapatkan rehat yang diperlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.