
Anonymous
6 tahun
Kesukaran tidur ,sakit kepala dan tekanan
saya seorng pelajar sekolah yg berumur 17 thn. akhir akhir ini saya kerap mengalami masalah kurang tidur lebih lebih lagi pada waktu malam. masalah berterusan hampir ke 2 buln. saya hanya dapat tidur pada keesokkan hari nya, pda pukul 10 / 12 tnghari dn itupun hanya dapat melelap kn mata 3-5 jam sahaja. saya pernah ke sekolah dlam keadaan tidak tidur selama satu hari. dan pada masa yg sma saya juga sering kali mengalam sakit kepala di sebelah bahgian kepala iaitu sebelah kanan dan di bahgian dahi. saya sudah mengambil ubt tahan sakit dh sebagainye tetapi hasilnya tetap sama. tiada perubahan. kadang kala juga dada saya terasa sakit and sesak atau rasa tercunggap kepenatan sedangkn saya hanya baring di atas katil. hal ini betul betul memberi tekana kepada saya, dan kadang kala emosi juga tidak menentu. saya sering kali merasa murung dan gelisah atau risau. rasanya mungkin kerana tekanan yg dihadapi kerana saya sering menangis pada waktu malam , kerana dgn cara itu saya bole melepaskn semua tekanan. saya lebih suka menyendiri dn duduk didalm bilik yg gelap . saya mengalami perubahan terhadap diri yg agak drastik kerana saya bukn orng seperti itu. adakalanye saya jadi takut atau tidak yakin utk kesekolah berjumpa dgn rakan rakan dn sesiapa sahaja. saya tidak pernah meluahkn perasaan sy kpda sesiapa kerana saya hnya suka memendam. boleh doktor jelaskn kenapa dgn keadaan diri saya yg sebenarnye?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan yang diajukan, saya amat sarankan anda untuk merujuk hal ini di hospital yang terdekat. Oleh sebab hal ini memerlukan pelbagai penyiasatan yang perlu dijalankan dan ini juga berkemungkinan besar masalah pisikatrik.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih