
Sulit
5 tahun
Kesukaran untuk bernafas dan sakit perut
Saya selalu mengalami sesak nafas dan sakit perut yang terlampau sehingga menyebabkan saya jadi lemah untuk berdiri dan penglihatan menjadi kurang jelas jika saya tidak makan. Mengapa ini boleh berlaku?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, sesak nafas dan sakit perut yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.