
eykacece
5 tahun
Kesulitan untuk mendapatkan zuriat. sakit di bahagian atas perut bila saya kerap berjalan ataupun bersenam
saya haslika berumur 27 tahun. sdh brkahwin selama 3tahun. ini perkahwinan saya yg kedua. saya sblm ni punya anak satu. dalam masa 3tahun ni saya belum pernah mengandung. saya ingin tahu boleh tak saya cuba untuk makan pil perancang kemudian skip… apakah ada kemungkinan untuk saya hamil sekiranya saya makan pil perancang dgn tdk teratur secara sengaja? saya sudah iktiar dgn cara berurut dan makan atau minum jus kesihatan dan ubat dan jugak vitamin… harap doktor dapat berikan sdikit nasihat untuk saya. Terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan anda adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti tujuan anda melangkau daripada pengambilan pil perancang? dan adakah anda ingin mengandung ataupun tidak ? Kami juga perlu mengetahui tentang apakah jenis pil yang anda ambil sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk memberikan keterangan lanjut dan mendapatkan nasihat, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih