
Sulit
4 tahun
Ketagihan tegar akibat minum ketum
suami saya berumur 26 tahun…mempunyai masalah ketagihan tegar ketum…bantu saya untuk berhentikan ketagihan ketum suami saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang puan ajukan.
Kami memahami kebimbangan puan tentang masalah ketagihan ketum yang dihadapi oleh suami puan. Untuk makluman puan, pengambilan air ketum ini memberikan banyak kesan sampingan. Antaranya:
- personaliti lebih agresif
- keradangan usus
- mati pucuk
- mual/loya
Bagi mengelakkan kesan sampingan, dan untuk berhenti mengambilnya, rawatan terapi bersama doktor diperlukan kerana tiada alternatif ubat ubatan.
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang dihadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih