
Anonymous
5 tahun
Ketakutan Melampau Tanpa Punca
Saya kerap rasa ketakutan yang melampau sehinggakan saya tak boleh tidur . Kerap terjadi waktu malam . Untuk makluman , saya memang penghidap MDD . Tapi saya tak pasti kenapa saya rasa takut yang melampau tanpa saya tahu puncanya . Takut jadi apa² waktu saya tidur . Ketakutan tu melampau sangat . Ianya mengganggu waktu tidur saya . Boleh bantu jawab soalan jika tahu ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketakutan anda boleh berpunca daripada masalah depresi yang anda alami. Pesakit yang mengalami depresi juga biasanya mengalami kesukaran untuk tidur.
Oleh itu, saya amat menyarankan agar anda berbincang tentang masalah ini dengan doktor yang merawat anda agar bantuan dapat diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!